Majlis Qurban sempena Hari Raya Aidil Adha 1433/2012 di Surau Pak Ngah Ismail, Kpg. Padang Kunyit
27/10/2012 - 11 ZulHijjah 1433 - Surau ini berasal dari Kampung Lanchuk yg dibina oleh Arwah Hj Ismail Abd Rahman bersama rakan2 beliau. Kini ia telah dipindahkan oleh masyarakat setempat, yang sebahagiannya adalah anak murid Arwah, ke Kpg Padang Kunyit. Sebahagian Tiang, Alang, Rasuk dan Lantai Surau masih menggunakan bahan asal yang dibina bersama Arwah lebih dari 60 tahun dulu.
Mengesan dan Memulihkan Pusara Hj Ismail Abdul Rahman (Duplicated from MO's Blog)
Pusara yang Hj Ismail Abd Rahman yang tidak diziarahi oleh anak cucu allahyarham cuba dikesan untuk dipulihkan semula telah diusahakan oleh Saad, Azmi dan Mohammad serta keluarga.
Tiada seorang pun dapat memastikan lokasi pusara Hj Ismail. Hanya berdasarkan anggaran oleh En Azmi (Abg Man).
Keadaan tapak perkuburan dan nisan yg ditenggelami air di hari hujan.
Usaha diteruskan untuk mengenalpasti tapak lokasi dengan menggali batu nisan yang hampir tertimbus.
Namun, batu nisan yang digali sendirian orang Mohammad pada 21 Ogos 2012 dan dibawa balik dan dicuci di Teluk Kechai sukar dikenalpasti nama dan tarikh kematian.
Keadaan Batu Nisan sebelum dicuci yg tidak dapat dikenalpasti lokasinya, nama si mati, mahupun tarikh kematian kerana keadaannya yang begitu lusuh tanpa sebarang penjagaan sejak dipasang.
Dengan bantuan pembuat batu nisan, En Ahmad membuat anggaran bahawa batu nisan ini berusia diantara 20 - 30 tahun berdasarkan jenis batu, iaitu Batu Bukit Mertajam yang dipahat tangan. Ianya dijangka dibuat oleh tukang nisan berbangsa China.
Memang tidak jelas tulisan di batu nisan yang ditemui. Dalam pada itu, tiada seorang pun dapat mengenalpasti tarikh kematian arwah dan juga surat mati yang berkenaan. Dengan teknik menyapu kiwi, Mohammad dapat mengenalpasti nama yang mungkin adalah perkataan 'Rahman' dan angka '8' atau '18' atau '8 - 2'.
Akhirnya berdasarkan kepada hari kematian arwah yang disahkan oleh Aminah Othman iaitu bersamaan dengan hari beliau melaporkan diri ke Sek Men Teknik Alor Setar pada tahun 1982 iaitu pada Hari Isnin 8/2/1982.
Akhirnya, kata sepakat diperolehi untuk memilih tapak nisan berkenaan sebagai pusara Hj Ismail utk dipulihkan dengan tarikh kematian sebagai 8/2/1982. Mohammad mengambil inisiatif utk memasang kepuk dan nisan baru pada 23/8/2012. Namun kesilapan pemasangan menyebabkan penjuru kepuk berkenaan patah dan usaha pemasangan ditangguhkan untuk membuat kepuk dan nisan yang baru.
Sebagai langkah sementara, susunan bata dibuat dengan memasang semula nisan yang lama sebagai tanda.
.
Menziarahi Pusara Hjh Mah Binti Mad Saman
20 Julai 2012 - Ziarah ke pusara Hjh Mah Binti Mad Saman, ibu kepada Hjh Jah Ismail di Tanah Perkuburan Alor Setul, Langgar, Kedah. Diketuai oleh Saad Othman dan Azmi serta sebahagian ahli keluarga.Laluan kecil ke arah tanah perkuburan melalui sebuah jambatan kecil agak sukar dimasuki kereta. Kami memilih untuk berjalan kaki beramai-ramai.
Batu nisan pusara tercatat nama Mah Binti Mad Saman yang meninggal pada 24/7/1976 |
Doa dibaca serta Fatihah disedekahkan kepada Allahyarhamah |
Sempat juga saya mencuci sedikit persekitaran kubur yang ditumbuhi rumput |
Pernikahan & Perkahwinan Anip & Iena
Akad Nikah & Perkahwinan Hanif & Iena
1 Jun 2012
Pengantian bersiap dengan Mak Andam tak bertauliah...Mak Teh...He he
Teh Tarik selepas penat rehearsal untuk majlis resepsi keesokan harinya...dah jam 12 mlm.
Mak Teh dah siapkan pengantin
1 Jun 2012
Pengantian bersiap dengan Mak Andam tak bertauliah...Mak Teh...He he
Teh Tarik selepas penat rehearsal untuk majlis resepsi keesokan harinya...dah jam 12 mlm.
Bilik Pengantin di rumah Mak Ndak |
Mak Teh dah siapkan pengantin
Teh Tarik Di Kedai Mamak Darus Salam, Seri Serdang |
Subscribe to:
Posts (Atom)