Pada tanggal 18 Nov 2011, Suria Md Isa telah diijabkabulkan dengan Fahmi di Masjid Kg Empa, Wang Tepus dalam satu majlis yang serba ringkas.
Majlis Akad Nikah Suria & Fahmi
Pada tanggal 18 Nov 2011, Suria Md Isa telah diijabkabulkan dengan Fahmi di Masjid Kg Empa, Wang Tepus dalam satu majlis yang serba ringkas.
Family Gathering Venice of Perak
Date:
Berseida untuk acara sukaneka
Acara sukaneka di Pantai Teluk Batik, Lumut, Perak
Bergambar di Bangunan Pentadbiran TNB Janamanjung. Lawatan Stsen janakuasa Pembakaran Arangbatu
Pertadingan Bowling keluarga di Armada Bowling, Kem Navvy Lumut.
Banana Boat Ride di Pantai Teluk Batik...Mak Teh & Pak Su jadi kanak-kanak tertua dalam ekspedisi.

Pertukaran hadiah.
Kenangan Pertunangan Suria
16 Julai 2011
Wajah ceria Suria bersama Kakak tersayang di hari yang penuh bermakna..
Sempat juga Mak Njang & Mak Ndak menikmati buah-buahan di dusun Pak Teh. Kali pertama bagi Atikah menikmati durian yang sebelum ini tidak pernah menjadi kegemarannya. Kepada sesiapa nak berehat di dusun ini, silakan.
Kalau ada rezeki, nanti boleh kita bina sebuah rumah kecil untuk kita berehat di musim durian dan rambutan.. Kalau ada bilik air dan lengkap dengan bekalan elektrik, bolehlah kita bermalam di dusun. Semoga ianya menjadi tempat kita adik-beradik berkumpul demi mengukuhkan lagi hubungan kita. Demi Wan & Tok (Abah & Mak), keakraban kita pasti akan memberi ketenangan kepada mereka di sana.
Bergambar kenangan di rumah Along - Hari Pertunangan Suria |

Genap Setahun Abah/Wan Meninggalkan Kami
Hari ini 6 September 2011, genap setahun Abah meninggalkan kami. Seorang Wira yang telah membesarkan kami 8 adik beradik dengan penuh disiplin dan ketegasan diiringi dengan sifat keibuan, Jah Ismail yang amat penyayang. Othman Bin Sudin juga dikenali dengan nama Pak Njang Man, Man Sireh, Man Bomoh mahupun Man Kejit.
Gelaran Sireh dek kerana kegemarannya memakan sireh. Kepakaran beliau dalam mengubati perlbagai penyakit dan sedia membantu segenap lapisan masyarakat membawa gelaran Man Bomoh. Dalam pada itu, Man Kejit hanya dek kerana matanya yang sentiasa berkelip hampir tanpa henti...itulah sifat semulajadi dan keistimewaan Abah kami yang juga Wan kepada anak-anak kami.
Dalam ketampanan wajahnya yang sentiasa kemas dalam berpakaian, terutamannya sewaktu beruniform Polis Di Raja Malaysia, Othman Sudin PC26600 (LKPL 26600) memang terkenal dengan disiplin dan ketegasan. Namun, disebalik itu, terselit satu sifat berang dan pemarah yang telah berjaya menjadikan semua kami 8 adik beradik sentiasa memastikan setiap sesuatu dilaksanakan dengan tertib dan sempurna.
Abah terpaksa melalui saat yang kurang terusus sejak pemergian Mak yang kami cintai pada 8/7/2000. Perkahwinannya yang pertama selepas kematian Mak, tidak berpanjangan kerana calon isteri yang dikahwini terlalu jauh dari apa yang beliau harapkan. Tidak mungkin Abah akan dapat mencari pengganti seumpama Mak yang telah menjaganya dengan penuh ketaatan dan kesabaran serta membesarkan kami dengan penuh kasih sayang.
Perkahwinan kedua abah juga sekadar mencari peneman untuk menjaga makan minum dan urusan seharian. Namun untuk menjadi penggantikan Mak tetap tidak kesampaian sama sekali. Tetapi, Abah tetap bertahan dengan isterinya yang ke-3 selama hampir 10 tahun sehingga ke akhir hayatnya.
Pada tanggal 27 Ramadhan 1431, abah telah menghembuskan nafas terakhir beliau pada jam 11:00 pagi, Hari Isnin di Hospital Sulatanah Bahiyyah, Alor Setar di wad CCU. Pemergiannya dikelilingi sebahagian daripada anak dan cucu yang terpaksa menerima hakikat bahawa alat bantuan hayat yang membantu beliau bertahan selama 4 hari perlu dihentikan demi kasih sayang kami kepadanya. Itupun, selepas kami cuba untuk bertahan selama yang boleh seandainya beliau mampu menerima bantuan hayat berkenaan. Bersandarkan kepada nasihat doktor dan kami adik beradik, keputusan dibuat dengan hati yang amat sedih....Othman Bin Sudin terpaksa dilepaskan untuk kembali dengan tenang.
Saya dan sebahagain adik beradik berada disisi katil beliau sewaktu doktor menanggalkan peralatan bantuan hayat pada jam 10:45 pagi. Kami tanpa henti membaca Yasin dan saya berterusan membantu melafazkan kalimah syahadah di telinga arwah sambil memeluk tubuh yang telah tidak sedarkan diri selama 4 hari. Dengan perlahan dapat kami saksikan bagaimana tekanan darah beliau semakin menurun sehingga ke tahap tiada lagi bekalan darah dan oksigen yang dapat dibekalkan kepada tubuh yang kaku itu. Namun, aku pasti bahawa abah dapat mendengar ucapan kalimah syahadah yang dibisikkan di telingannya.
Selepas lebih kurang 15 minit, di saat akhir hayat beliau, kelihatan mukanya semakin pucat dan beliau menghembuskan nafas terakhir di dalam dakapan aku di hapadan adik beradik kami yang menjadi saksi kepada pemergian seorang insan yang amat bermakna dalam hidup kami. Jam 11 pagi telah disahkan oleh doktor sebagai waktu pemergian abah/wan yang amat kami sayangi.
Al- Fatihah...........
Gelaran Sireh dek kerana kegemarannya memakan sireh. Kepakaran beliau dalam mengubati perlbagai penyakit dan sedia membantu segenap lapisan masyarakat membawa gelaran Man Bomoh. Dalam pada itu, Man Kejit hanya dek kerana matanya yang sentiasa berkelip hampir tanpa henti...itulah sifat semulajadi dan keistimewaan Abah kami yang juga Wan kepada anak-anak kami.
Dalam ketampanan wajahnya yang sentiasa kemas dalam berpakaian, terutamannya sewaktu beruniform Polis Di Raja Malaysia, Othman Sudin PC26600 (LKPL 26600) memang terkenal dengan disiplin dan ketegasan. Namun, disebalik itu, terselit satu sifat berang dan pemarah yang telah berjaya menjadikan semua kami 8 adik beradik sentiasa memastikan setiap sesuatu dilaksanakan dengan tertib dan sempurna.
Md Isa, Jah, Che Yah & Othman - 1955 |
Perkahwinan kedua abah juga sekadar mencari peneman untuk menjaga makan minum dan urusan seharian. Namun untuk menjadi penggantikan Mak tetap tidak kesampaian sama sekali. Tetapi, Abah tetap bertahan dengan isterinya yang ke-3 selama hampir 10 tahun sehingga ke akhir hayatnya.
Pada tanggal 27 Ramadhan 1431, abah telah menghembuskan nafas terakhir beliau pada jam 11:00 pagi, Hari Isnin di Hospital Sulatanah Bahiyyah, Alor Setar di wad CCU. Pemergiannya dikelilingi sebahagian daripada anak dan cucu yang terpaksa menerima hakikat bahawa alat bantuan hayat yang membantu beliau bertahan selama 4 hari perlu dihentikan demi kasih sayang kami kepadanya. Itupun, selepas kami cuba untuk bertahan selama yang boleh seandainya beliau mampu menerima bantuan hayat berkenaan. Bersandarkan kepada nasihat doktor dan kami adik beradik, keputusan dibuat dengan hati yang amat sedih....Othman Bin Sudin terpaksa dilepaskan untuk kembali dengan tenang.
Saya dan sebahagain adik beradik berada disisi katil beliau sewaktu doktor menanggalkan peralatan bantuan hayat pada jam 10:45 pagi. Kami tanpa henti membaca Yasin dan saya berterusan membantu melafazkan kalimah syahadah di telinga arwah sambil memeluk tubuh yang telah tidak sedarkan diri selama 4 hari. Dengan perlahan dapat kami saksikan bagaimana tekanan darah beliau semakin menurun sehingga ke tahap tiada lagi bekalan darah dan oksigen yang dapat dibekalkan kepada tubuh yang kaku itu. Namun, aku pasti bahawa abah dapat mendengar ucapan kalimah syahadah yang dibisikkan di telingannya.
Selepas lebih kurang 15 minit, di saat akhir hayat beliau, kelihatan mukanya semakin pucat dan beliau menghembuskan nafas terakhir di dalam dakapan aku di hapadan adik beradik kami yang menjadi saksi kepada pemergian seorang insan yang amat bermakna dalam hidup kami. Jam 11 pagi telah disahkan oleh doktor sebagai waktu pemergian abah/wan yang amat kami sayangi.
Al- Fatihah...........
Ndai's Minyak Wangi Santalia
These are the various random things or events, or maybe just some of the simple and pleasurable moments in time that so reminded me of Mak:
Minyak wangi “Santalia”
Kutacane
Usaha menjejaki asal usul keluarga Othman Sudin & Jah Ismail telah diusahakan oleh Saad Othman dgn bantuan semua adik beradik beliau. Perjalanan ke Kutacane, Acheh yang turut disertai oleh Habsah Othman dan Zuraidah Mohd Yusoff (Isteri Saad) telah menemukan keluarga Ismail, Salleh dan Darseh Badas yang telah terpisah sejak xx tahun dulu.
Perjalanan dari Malaysia ke Kutacane bermula dari 23/7/2011 sehinggga 30/7/2011
Post berikutnya akan mengisahkan perjalanan mereka mengikut urutan seharian :
Kutacane
| Day 1 | Day 2 | Day 3 | Day 4 | Day 5 | Day 6 | Day 7 | Day 8 |
Kutacane Day 1 - 23/7/2011
Post 11 - Post17
Day 1, Sabtu (23/7/11) Post 11 ...makan soto di kedai makan di bandar Medan .. sebaik saja tiba disana ... bersama Husin anak Wa Jenab ... Wa Jenab tu kakak sulong Tok Jah
Habsah Othman ha ha ha..... air jeruk tu saya punya..kerana penampillan hari tu..dari atas kalpal terbang org dah tegur ... 'balik kampung ke?'.... mmg ANAK ALAS pulang ke kampung menjelang puasa nampaknya.
Day 1, Sabtu (23/7/11) Post 12 ...dalam perjalanan dari Medan ke kutacane sejauh 245km ... berhenti sekejap di Brastagi ... membeli buah2an
Habsah Othman buah mangga udang... ingat tak lagu.. 'Sungguh enak si mangga udang. Pohon nya tinggi, pohonnya tinggi buahnya jarang. Sungguh enak jadi orang bujang sayang.. ke mana pergi, ke mana pergi tiada yang larang....'
Saad Othman Buah mangga udang ni walaupun bersaiz kecil .... tetapi sangat manis dan sedap rasanya ... Pak Cik Hussin beli sampai 5 kilo utk dibawa pulang ke Kutacane
Day 1, Sabtu (23/7/11) Post 13 ...Setelah perjalanan yg panjang dan letih .... kami singgah sebentar di ( apa nama pekan ni Besah?).... untuk beristirehat dan minum2
Habsah Othman Pekan TIGA BINANGA.... tapi sebutannya mesti macam ada dua 'G' walaupun tulisannya ada satu 'G' saja.
Habsah Othman
Kalau di Malaysia tak pa berapa jam pun. Sebab jalan yang lurus. Lebuhraya kita dah elok. Ini perjalanan yg paling teruk adalah 4 jam dengan jalan berliku-liku menyusuri gunung, seperti nak naik Cameron Highlands. Tapi jalan kecik dan jurang... dan gaung di sepanjang jalan. Panas dan berdebu. Jalan yg amat bahaya, tapi pemandu kami paling hebat. Macam nak pejam mata, takut dan ngeri, tapi tak boleh pejam sebab kak besah asyik menjerit. Tujuan kami satu.... NAK JUMPA WA NAB...
Saad Othman Lega rasanya bila stop kat situ ... pertama, hilang pening... kedua, boleh pi toilet ... dan ketiga boleh minum kopi dan beristirehat ..... tapi yg pentingnya pemandu yg beristirehat dan segarkan semula badan dia .... dia tu anak saudara Pak Cik Husin
Habsah Othman di kedai ni lah... kita gelak tengok senarai minuman yang disediakan. Nama2 yang direka khusus untuk tarik perhatian...yg special TEH ASLI PRIBUMI... rupanya, air mineral je. Tapi GRATIS...
Day 1, Sabtu (23/7/11) Post 15 ...papan tanda menunjukkan arah ke Kutacane .... dari situ perjalanannya lagi 3 jam
Day 1, Sabtu (23/7/11) Post 16 ...Orang pertama dari kalangan saudara kita yg kami temui secara tidak sengaja ... kena berhenti kereta sebab Mak Teh nak termuntah .... namanya A.Mutalib ... dia anak kedua Tok Salleh.... Tok Salleh tu, adalah adik bongsu Tok Wan Ismail ... Tok Wan Ismail tu adalah bapa kepada Tok Jah .... dia tinggal di Tanah Karo, di perbatasan dgn Tanoh Alas
Day 1, Sabtu (23/7/11) Post 17 ... Setelah menaiki mobil selama 8 jam dari Bandar Medan .... akhirnya kami sampai di Kutacane .... bertemu dgn Wa Jebab .... kakak sulong Tok Jah .... sungguh terharu .... Mak Ndak dan Wa Nab ... terus menangis ... Pak Njang tak menangis
Habsah Othman tak terkata masa tu... Tuhan saja yg tahu perasaan Mak Ndak. Rasa hancur luluh .. rindu pada arwah Tok Jah pun semakin terasa.Tapi amat selesa di rumah Pak Cik Ahmad Husin. Air mata Tok Wa Jenab masih tergenang.
Kutacane Day 2 - 24/7/2011
Post 18 - 41
Day 2, Ahad (24/7/11) Post 19 ...Di rumah Pakcik Husin .... dia adalah Kepala Dinas Kependudukan dan Catatan Sibil Kutacane ... jadi semua surat beranak, kad pengenalan, surat nikah, surat mati dan Kartu Keluarga dikeluarkan olehnya dengan tandatangannya ... orang penting di Kutacane
Day 2, Ahad (24/7/11) Post 27 ...
Model typical orang Alas ... tapi selalu orang ingat dia orang Aceh
Day 2, Ahad (24/7/11) Post 29 ...Mandi di Geruh Ketambe .... di kaki Gunung Leuser, airnya sangat sejuk (terlupa nak sukat) tapi munkin mencapai at least 20C ....
Day 2, Ahad (24/7/11) Post 30 ...Sepupu awak semua juga mandi ... cuba berenang menyeberangi Geruh dan memanjat tebing di sebelah sana ...
Habsah Othman Geruh tu nama tempat tu... sungai tu 'LAWE' .... menyeberangi 'lawe'
Day 2, Ahad (24/7/11) Post 31 ..Balik dari berkelah .... Paman Mutalib sudah ada menunggu di rumah Husin, came all the way from his house in Tanah Karo ... ingat orang pertama, di kalangan saudara kita yg ditemui sebelum masuk ke Tanoh Alas
Day 2 (Ahad 24/7/11) Post 32... malam di rumah Pak Cik Ralidin, balik dari berkelah di Geruh Ketambe .... Mak Ndak sedang interview ahli keluarga .... process pertama yg kami buat ke setiap rumah yg kami berkunjung.
Day 2, Ahad (24/7/11) Post 34 ...Makan malam di rumah Pak Cik Ralidin .... dia seorang guru sekolah (ustaz) ....
Day 2, Ahad (24/7/11) Post 35 ...makan malam di rumah Pakcik Ralidin ..... gambar sepupu awak semua...
Day 2, Ahad (24/07/11) Post 18... bersarapan pagi di rumah Husin, anak kedua (bongsu) Wa Nab ... di 281 Perumnas Tanah Merah, Kecamatan Bandar Kutacane
Habsah Othman Kami bersarapan dan setiap waktu makan, masing2 ambil tempat yang sama, sehingga hari akhir.. he he he. Saya tetap di sebelah kanan Wa Nab.
Day 2, Ahad (24/7/11) Post 19 ...Di rumah Pakcik Husin .... dia adalah Kepala Dinas Kependudukan dan Catatan Sibil Kutacane ... jadi semua surat beranak, kad pengenalan, surat nikah, surat mati dan Kartu Keluarga dikeluarkan olehnya dengan tandatangannya ... orang penting di Kutacane
Day 2, Ahad (24/7/11) Post 20 ...Sebahagian dari cenderahati yg diberikan kat Pak Njang oleh Pak Cik Husin
Habsah Othman mulia sungguh hati mereka semua, keluarga kita di Aceh.
Saad Othman Bermacam cenderahati yg Pak Njang dapat dari Pak Cik Husin: baju batik Alas, songkok Alas, cenderahati Rasmi AGARA, tas Alas .. dan bermacam lagi lah..
Day 2, Ahad (24/7/11) Post 21... berhenti di tepi jalan, beli durian, semasa dalam perjalanan nak pi berkelah di Ketambe, di kaki Gunung Leuser .... sebelah Barat Lembah Alas ...
Day 2, Ahad (24/7/11) Post 23 ...Ni wanita sejati Alas ... naik speda motor ... mau pegi pajak
Day 2, Ahad ( 24/11/07) Post 24 ... posing di sebatang pohon besar di Taman Negara Gunung Leuser ... di sini terdapat banyak tumbuhan2 obat ....
Habsah Othman sekarang dah pandai eja 'obat'.. bukan 'ubat' ... ha ha ha. Mak Ndak tetap jadi model di mana2 pun sebab Mak Njang adalah jurukamera yg hebat dan taat setia pada Pak Njang.
Saad Othman Sebenarnya kami terpaksa berhenti di situ sekejap sebab jalan terhalang oleh sebuah mobil .... setelah hon, akhirnya pemandunya datang dan memberikan laluan kepada kami
Day 2, Ahad (24/7/11) Post 25 ...Berkelah di tebing Lawe Alas, di Ketambe ..... dengan lauk pauk Alas yg dimasak di rumah ... Mak Njang sedang buat sambal ...
Day 2,
Ahad (24/7/11) Post 26 ..
Suasana di sini tenang dan udara nya sejuk dan nyaman. Habsah Othman lihatlah air sungai yg deras tu.. dan airnya yg bersih
Day 2, Ahad (24/7/11) Post 27 ...
Model typical orang Alas ... tapi selalu orang ingat dia orang Aceh
Day 2, Ahad (24/7/11) Post 28 ...Posing depan "Rumah Adat Alas" di Villa (..... apa nama dia Besah)
Habsah Othman Villa Geruh rasanya.
Saad Othman Sayang tak berkesempatan melihat di dalamnya ..... masa bertemu Wakil Bupati hari tu , dia ada offer bermalam di sini sambil buat BBQ kambing .... tapi tak dapat terima pelawaan itu sebab jadual kami di sana sungguh padat ....
Day 2, Ahad (24/7/11) Post 29 ...Mandi di Geruh Ketambe .... di kaki Gunung Leuser, airnya sangat sejuk (terlupa nak sukat) tapi munkin mencapai at least 20C ....
Habsah Othman anak tempatan tak pakai baju.... anak baru balik kampung ni berpakaian lengkap.
Saad Othman Sebab Pak Njang ni memang jenis pemalu .... sejak dari kecik2 lagi ...hehehe
Day 2, Ahad (24/7/11) Post 30 ...Sepupu awak semua juga mandi ... cuba berenang menyeberangi Geruh dan memanjat tebing di sebelah sana ...
Habsah Othman Geruh tu nama tempat tu... sungai tu 'LAWE' .... menyeberangi 'lawe'
Day 2, Ahad (24/7/11) Post 31 ..Balik dari berkelah .... Paman Mutalib sudah ada menunggu di rumah Husin, came all the way from his house in Tanah Karo ... ingat orang pertama, di kalangan saudara kita yg ditemui sebelum masuk ke Tanoh Alas
Day 2 (Ahad 24/7/11) Post 32... malam di rumah Pak Cik Ralidin, balik dari berkelah di Geruh Ketambe .... Mak Ndak sedang interview ahli keluarga .... process pertama yg kami buat ke setiap rumah yg kami berkunjung.
BANCI PENDUDUK. ... tapi soalan Mak Ndak lagi detail..syukurlah dapat kerjasama yang baik dari semua penduduk.. ha ha ha....siap tanya tahun kelahiran, email address, facebook, hp number. Bila dah selesai baru lah Mak Ndak buka cerita lain pulak. Lepas ni Pak Njang nak ajak pi Bangkok pula... tak sanggup rasanya. nak kena belajar bahasa Siam pulak kot.... NEXT MISSION.
Day 2, Ahad (24/7/11) Post 33 ...Menjamu selera, makan malam di rumah Pak Cik Ralidin di Simpang Tiga Biak Moli .... Tok Wa Jenab tinggal bersama dgn Pak Cik Ralidin
Habsah Othman SIMPANG TIGA BIAK MOLI... selesai sudah pencarian kita... Mak Ndak masih ingat sejak dari dulu Tok Wan Ismail dok cerita pasal kpg dia, dan dia tulis semula masa dia duduk dgn Tok Jah dan Wan Man di flat polis Alor Setar. Mak Ndak simpan secebis kertas tu...SIMPANG TIGA BIAK MOLI, KOTA CANE , ACEH TENGAH. Rupanya sekarang dah tukar jadi ACEH TENGGARA.
Day 2, Ahad (24/7/11) Post 34 ...Makan malam di rumah Pak Cik Ralidin .... dia seorang guru sekolah (ustaz) ....
Habsah Othman Pak Ngah Ralidin... watak dia memang jenis 'low profile'. Tak cakap banyak. Ustaz Ralidin. Tapi badannya besar dan tinggi.
Saad Othman tapi sekali sekala bila dia buat lawak, nak tergelak pulak ... macam cerita ...." Mie lidah goyang" .... lawak betul
Habsah Othman masa tu kami dijamu dengan pecal... sedap tapi pak njang tak tahan pedas.. kalut dia cari air. Pak Ngah Ralidin pun cerita lah pasal mee sup yang pedas di salah satu kedai.. dan di gelar Mie Goyang Lidah.
Day 2, Ahad (24/7/11) Post 35 ...makan malam di rumah Pakcik Ralidin ..... gambar sepupu awak semua...
Habsah Othman Pak Ngah Ralidin..... Tok Wa panggil 'Ghalid'... Roji kurus tinggi (tinggi pada bapak dia). Nita besar sama saiz dengan mak dia. Kami jumpa Yesi di Medan.... wow cute sungguh. macam kak ijah.
Habsah Othman Ralidin depa panggil Pak Ngah. yang baju purple tu Nita.... Desnitasari. Dia sedang mengikuti Ijazah Perguruan. Mak dia cikgu, Pak Ngah dia cikgu, boleh la join family Mak Lang. Boleh buat akademi guru di rumah dia saja.
Saad Othman Sebenarnya dia belajar di Universiti di Medan, tapi ambil cuti seminggu, balik ke Kutacane ....untuk membantu keluarga dia uruskan keperluan kita sebagai tetamu depa ..... memang satu pengorbanan betul ...

Day2, Ahad (24/7/11) Post 37... Menjamu selera, ikan mas totok, manok totok, buah bacang, minuman air buah2an,..... yg lain tu Mak Ndak boleh tolong cerita
bukan totok la... TUTUNG.. maknanya 'panggang'. Orang2 di sini meraikan tetamu dengan makanan yang di masak secara sihat. Tak berlemak dan tak berminyak. Bagus untuk orang yang ada penyakit jantung dan cholesterol. Tak ada seafood pun.
Saad Othman Ingat lagi minum minuman panas bewarna hijau ... munkin assorted fruit kok ...
Day 2, Ahad (24/7/11) Post 38 ...Yg sedang sedang cedok nasi tu adalah isteri Pak Cik Husin ...
Habsah Othman ya ...itulah Cikgu Heriati yang amat perihatin tentang kebersihan rumahtangga. Dia buat kerja cepat, dia makan pun cepat. Lincah. Dia bangun pagi awal sungguh. Jam 4.00 pagi kot rasanya. Setiap hari
Saad Othman Wa Nab memang selalu dengan tudung putih ni kan?
Day 2, Ahad (24/7/11) Post 39 ...makanan mereka agak berlainan dari kita .... lebih simple, tak banyak rempah ratusnya dan jarang menggunakan santan ..... rasanya macam lebih sihat
Day 2, Ahad (24/7/11) Post 40.... selesai dinner, berfoto utk Mak Njang.
Habsah Othman yang pakai baju kaftan merah tu, Sugiati, isteri Pak Ngah Ralidin (Tok Wa membahasakan anak2nya macam kita di Malaysia,... Pak Ngah dan Pak Cik)...orang panggil dia Mak Jawa.. dia orang Jawa asal dari Medan
Habsah Othman ya ...itulah Cikgu Heriati yang amat perihatin tentang kebersihan rumahtangga. Dia buat kerja cepat, dia makan pun cepat. Lincah. Dia bangun pagi awal sungguh. Jam 4.00 pagi kot rasanya. Setiap hari
Saad Othman Wa Nab memang selalu dengan tudung putih ni kan?
Day 2, Ahad (24/7/11) Post 40.... selesai dinner, berfoto utk Mak Njang.
Habsah Othman yang pakai baju kaftan merah tu, Sugiati, isteri Pak Ngah Ralidin (Tok Wa membahasakan anak2nya macam kita di Malaysia,... Pak Ngah dan Pak Cik)...orang panggil dia Mak Jawa.. dia orang Jawa asal dari Medan
Day 2, Ahad (24/7/11) Post 41 ..Yg bersongkok tu Sahirsah, anak sulung Saad ..... Saad adalah anak sulung Darseh .... Darseh adalah adik Tok Wan Ismail, bapa Tok Jah .... yg di sebelah kanan tu adalah anak dia .... they come and join after the dinner
Subscribe to:
Posts (Atom)
Saad Othman perjalanan melalui Tanah Karo itu memang panjang .... munkin dengan berjalan kaki .... dia bergerak dari kampung ke kampung, munkin berhenti di sebuah kampung, menumpang berteduh dan bekerja, kumpulkan sedikit duit dan terus berjalan ke kampung seterusnya .... ini munkin diulangi berkali-kali sehingga dia sampai ke Medan .... kemudian teruskan perjalanannya ke Perlabuhan Belawan di pantai barat Medan
Saad Othman Dikatakan dia menjual sekeping kulit kambing sebagai tambang utk menumpang tongkang membawa kayu bakau ... hingga sampai ke Kedah .... cuma dengan memakai sehelai kain "cukin" yg di buat dengan mengampuh dua helai kain guni gandum ....